Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.
Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.
Khasiat
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.
Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.
Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.
Ciri Botani
Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.
Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.
Kegunaan
Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.
Cara penanaman
Anda boleh gunakan biji benih atau rizom (bebawang) kucai. Benih boleh dibeli dari blog tanamsendiri.com (SMS/WhatsApp 0175009364). Letakkan 1 hingga 3 biji benih dalam satu lubang sedalam 2 cm. Kekalkan kelembapan tanah.
Jika guna rizom atau bebawang, tanam dalam lubang sedalam 5 cm. Jangan mampatkan tanah.
Jika tanam menggunakan pokok yang sedia ada, pecahkan rumpun pokok kepada 3 atau 4 bahagian dan tanam dalam lubang sedalam 5 cm.
Perawatan
Kucai tidak cerewet. Ia tahan panas dan tidak perlukan air yang banyak.
Bagaimanapun kucai tidak tahan rumpai. Jadi anda perlu merumput selalu untuk pastikan kucai tidak bersaing dengan rumpai.
Untuk pastikan pokok kucai rimbun, gunting buang tangkai bunga.
Penuaian
Bahagian yang dimakan ialah daun.
Gunting daun dan biarkan bebawang terus hidup.
Daun baru akan tumbuh.
* Bagi yang menyemai menggunakan biji benih tetapi tidak bercambah. Ini caranya:
1. Letak benih atas tisu. dan sembur dengan air (basahkan)
2. Masukkan dalam zipper beg atau bekas kedap udara.
3. Masukkan dalam peti sejuk (chiller) selama seminggu.
Assalamualaikum
ReplyDeletepada sesiapa yang ada kencing manis yang bacaan gula 10 atau belas2 atau 20 ke atas atau bacaan gula yang terlalu tinggi sampai mata menjadi rabun atau kaki luka
dah tak tahu macam mana nak normal kan gula balik walau dah makan macam2 jenis herba atau dah cuba buat macam2 jenis petua tetapi gula masih lagi tinggi
jomm kita turun kan gula dengan cara yang selamat dan berkesan
teh herba yang di hasilkan dari pokok2 herba yang menurunkan gula dengan cepat
saya gunakan pokok2 herba yang terbaik dengan rasa tawar tetapi sangat mujarab turunkan gula dan tidak berangin atau sakit urat bila di minum
kita rawat cara selamat tanpa bahan kimia yang berbahaya dalam masa yang sama menjaga buah pinggang dan hati
jika kaki luka berair kita kering kan luka biar kaki sampai sembuh semula
jangan lambat nanti kaki tu dah kena potong lagi susah nak bergerak dan
jika kaki sakit saraf berpunca dari kencing manis pun kita rawat kan balik sampai elok semula Insya Allah
harga seratus lebih ja untuk sebulan jangan tunggu lama2 kita rawat cepat2 kan untuk elak kan dari penyakit menjadi semakin teruk
call atau whasap sy Mohd Zuhairi Bin Noordin
017 468 7570