Friday, January 27, 2017

TANAM GAJUS



Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung adalah sejenis pokok berbuah

Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale [2] dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. 

Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok

Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya

Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. 

Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. 

Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. 

Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. 

Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.

Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.

Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. 

Rasanya lemak-lemak kelat.

Pembiakan
Bagi pembiakan secara semaian bijibenih pula, biji gajus dari pokok yang baik bakanya dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai. 

Apabila dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg. 

Setelah cantuman matatunas dan semaian bijibenih yang dibiak telah hidup dengan baiknya, ia perlu diberikan naungan dan penjagaan yang sempurna selama lapan hingga 12 bulan sebelum sesuai ditanam di kebun.

Pengairan
Pokok gajus perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan vegetatif yang cepat dan aktif.

Anak pokok gajus memerlukan pengairan untuk tempoh dua hingga tiga bulan selepas penanaman kerana akar serabut belum berfungsi sepenuhnya untuk mendapatkan air.

Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, adalah digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan.

Naungan dengan menggunakan pelapah kelapa sawit/kelapa di peringkat permulaan penanaman sangat digalakkan bagi mengurangkan anak pokok terencat pertumbuhannya dan pemeluwapan air ke udara. 

Naungan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga anak semakin dewasa.

Pembajaan 
Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan vegetatif pokok gajus.

Kadarnya adalah 120 gram ketika pokok berumur satu hingga enam bulan, 230 gram ketika pokok berumur tujuh hingga 12 bulan, 300 gram ketika pokok berumur 13 hingga 18 bulan, 350 gram pada ketika pokok berumur 19 hingga 24 bulan dan 450 gram mulai pokok berumur 25 bulan.

Pembajaan pokok gajus dewasa dijalankan sebelum musim pokok gajus berbunga iaitu pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober.

Kaedah pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.

Pemangkasan
Pokok gajus tumbuh dengan pesatnya ketika pokok berumur dua tahun dengan pertumbuhan dahan dan ranting baru.

Dahan yang rendah hendaklah dipangkas. Pangkas juga dahan dan ranting yang tidak produktif, ranting yang melempai ke tanah, dahan yang mati dan berpenyakit.

1 comment: