Wednesday, April 19, 2017

Terung ungu panjang - sebelum dan selepas semburan racun herba organik

Terung ungu panjang - sebelum dan selepas semburan racun herba organik BROGARD. 

29/03/2017 daun dah nak jadi roti kirai. 
19/04/2017 daun cantik dan mengeluarkan bunga dan buah. 

Dah kutip buah 2 kali. 




Tuesday, March 28, 2017

Semburan Brogard Hari Pertama

Semburan Brogard Hari Pertama
Cili Api
Okinawan Spinach
Daun kari
Cabik Geronong
Limau kasturi
Lemon
Bendi
Terung Ungu Panjang

Jam 7:00 pagi

















Friday, January 27, 2017

TANAM KUCAI



Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Khasiat
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. 

Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. 

Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Ciri Botani
Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.

Kegunaan
Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Cara penanaman
Anda boleh gunakan biji benih atau rizom (bebawang) kucai.  Benih boleh dibeli dari blog tanamsendiri.com (SMS/WhatsApp 0175009364).  Letakkan 1 hingga 3 biji benih dalam satu lubang sedalam 2 cm.  Kekalkan kelembapan tanah.

Jika guna rizom atau bebawang, tanam dalam lubang sedalam 5 cm.  Jangan mampatkan tanah.  

Jika tanam menggunakan pokok yang sedia ada, pecahkan rumpun pokok kepada 3 atau 4 bahagian dan tanam dalam lubang sedalam 5 cm.

Perawatan
Kucai tidak cerewet.  Ia tahan panas dan tidak perlukan air yang banyak. 

Bagaimanapun kucai tidak tahan rumpai.  Jadi anda perlu merumput selalu untuk pastikan kucai tidak bersaing dengan rumpai.  

Untuk pastikan pokok kucai rimbun, gunting buang tangkai bunga.

Penuaian
Bahagian yang dimakan ialah daun. 

Gunting daun dan biarkan bebawang terus hidup.  

Daun baru akan tumbuh.

* Bagi yang menyemai menggunakan biji benih tetapi tidak bercambah. Ini caranya:
1. Letak benih atas tisu. dan sembur dengan air (basahkan)
2. Masukkan dalam zipper beg atau bekas kedap udara.
3. Masukkan dalam peti sejuk (chiller) selama seminggu.


TANAM GAJUS



Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung adalah sejenis pokok berbuah

Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale [2] dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. 

Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok

Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya

Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. 

Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. 

Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. 

Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. 

Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.

Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.

Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. 

Rasanya lemak-lemak kelat.

Pembiakan
Bagi pembiakan secara semaian bijibenih pula, biji gajus dari pokok yang baik bakanya dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai. 

Apabila dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg. 

Setelah cantuman matatunas dan semaian bijibenih yang dibiak telah hidup dengan baiknya, ia perlu diberikan naungan dan penjagaan yang sempurna selama lapan hingga 12 bulan sebelum sesuai ditanam di kebun.

Pengairan
Pokok gajus perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan vegetatif yang cepat dan aktif.

Anak pokok gajus memerlukan pengairan untuk tempoh dua hingga tiga bulan selepas penanaman kerana akar serabut belum berfungsi sepenuhnya untuk mendapatkan air.

Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, adalah digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan.

Naungan dengan menggunakan pelapah kelapa sawit/kelapa di peringkat permulaan penanaman sangat digalakkan bagi mengurangkan anak pokok terencat pertumbuhannya dan pemeluwapan air ke udara. 

Naungan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga anak semakin dewasa.

Pembajaan 
Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan vegetatif pokok gajus.

Kadarnya adalah 120 gram ketika pokok berumur satu hingga enam bulan, 230 gram ketika pokok berumur tujuh hingga 12 bulan, 300 gram ketika pokok berumur 13 hingga 18 bulan, 350 gram pada ketika pokok berumur 19 hingga 24 bulan dan 450 gram mulai pokok berumur 25 bulan.

Pembajaan pokok gajus dewasa dijalankan sebelum musim pokok gajus berbunga iaitu pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober.

Kaedah pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.

Pemangkasan
Pokok gajus tumbuh dengan pesatnya ketika pokok berumur dua tahun dengan pertumbuhan dahan dan ranting baru.

Dahan yang rendah hendaklah dipangkas. Pangkas juga dahan dan ranting yang tidak produktif, ranting yang melempai ke tanah, dahan yang mati dan berpenyakit.

Friday, January 13, 2017

TANDA KEKURANGAN BAJA DAN HARA PADA TANAMAN


Nitrogen (N)


Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.

– Larutkan 3 gm urea dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster

Fosforus (P)


Saiz daun lebih kecil.

– Larutkan 5 gm MKP dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster

Potasium/Kalium (K)


Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.

Kalsium (Ca)


Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.

– larutkan 10 gm calcium nitrate dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster

Magnesium (Mg)


Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.

– Larutkan 20 gm Magnesium Sulphate dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster

Sulfur (S)


Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas

Cara penanganan kekurangan unsur sulfur adalah dengan menambahkan pupuk kimia ZA (S=20%), Phonska (S=10%), serta pupuk daun yang mengandung unsur S.

Ferum/Iron (Fe)



Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.

Mangan (Mn)



Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.

Kuprum/Copper (Cu)



Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.

Boron (B).


Tepi daun mengalami klorosis bermula dari bawah daun kemudian mengering dan akhirnya mati. Pada tanaman bercabang, ruas tanaman memendek, batang keropos, pembentukan cabang tumbuh sejajar berdampingan.

– Larutkan 0.5 gm boric acid dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster


Zink (Zn). 


Daun tua berwarna kekuningan atau kemerahan, daun berlubang, mengering dan akhirnya mati.

Molibedenum (Mo). 

Warna daun memudar, keriput dan mengering, pertumbuhan tanaman seolah terhenti dan akhirnya mati.

Cara penanganan kekurangan unsur mikro adalah dengan menambahkan pupuk organik yang tinggi, pemberian pupuk organik cair untuk pemupukan susulan, serta penyemprotan pupuk daun dengan kandungan mikro lengkap.

Rujukan lengkap:
http://www.haifa-group.com/knowledge_center/crop_guides/tomato/plant_nutrition/nutrient_deficiency_symptoms/#{62EFEBD2-0308-46D3-A77F-6A94EB008C78}